Ya.. Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak mensia-siakan nikmat yang sering engkau anugerahkan. Sampaikan hajat-hajat kami dalam redhaMu ya Allah, kekalkan kami di jalan Iman dan Islam dalam pemeliharaanmu.

Thursday, February 18, 2010

ARTIS-ARTIS MALAYSIA

Hanya orang-orang mendengar sajalah yang mematuhi (seruan Allah), dan orang2 mati, kelak akan dibangkitkan oleh Allah, kemudian kepadaNya mereka dikembalikan.
-surah Al-An'am(36)-.

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillahirabbil 'aalamin...Selawat serta salam keatas Rasul junjungan Muhammad s.a.w...Ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda r.anhum..


Perkara pertama yang ingin disebut ialah, lahirnya artis sekarang ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..Ini kerana terlalu banyak program2 hiburan yang dianjurkan bagi melahirkan artis-artis yang tiada nilai pun dimata Islam...'akademi fantasia, malaysian idol, MyStarz Lg, dan lain2..Bila kita sebut artis, ada artis dalam nyanyian, artis lakonan, artis hiburan (Raja Lawak) dan sebaginya...

Perkara kedua, artis yang lahir sekarang ini, bukan sahaja menghiburkan masyarakat, malah merosakkan masyrakat terutama muda mudi harapan agama dan bangsa..Manakan tidak, tengok sajalah artis-artis perempuan (bukan semua), berpakaian macam orang barat (KAFIR laknatullah)..dedah sana, dedah sini, pakai skirt, pakai seluar ketat, baju yang nampak lurah dada dan sebagainya..

Perkara ketiga, artis-artis inilah yang membawa pengaruh besar kepada masyarakat..Sepatutnya mereka tunjuk contoh teladan yang baik..Anak-anak kecil, sejak kecil hingga besar menonton televisyen dan nampak segala gelagat artis dengan perangai, gaya dan pakaian yang mana mungkin akan mereka ikut bila sudah remaja..

Perkara keempat, artis sudah sinonim dengan pelbagai gosip2 hangat...Bukan gosip ini menyebabkan artis makin tidak laku, malahan makin popular...Inilah dia dunia akhir zaman...Kalau artis kahwin, hantaran paling mahal tu la yang paling popular...Tak sampai 3 bulan kahwin, becerai pulak atas sebab2 tertentu seperti kena tangkap khalwat dan sebagainya...Bukan bercerai makin jatuh saham, malah makin popular pulak...Tambahan pulak, media berperanan melaporkan perkara2 yang tiada faedah ini...Yang kena tangkap khalwat rilek je, makin femus...Artis yang ditegur oleh alim ulamak secara terbuka, dan dia melawan balik kata2 ulamak itu, maka media akan hebahkan hingga dia makin popular...Malah, menang bermacam-macam anugerah pulak bila ada kes...Inilah agenda kafir laknatullah...

Perkara terakhir, sebenarnya nyanyian oleh seorang wanita adalah HARAM..tapi kita duk puja jugak kan...Boleh wanita menyanyi,jual album, buat konsert, tapi penonton dan pendengar hendaklah perempuan sahaja...Yang HARAM juga seterusnya ialah pakaian artis yang tidak tutup aurat...Pakai pakaian tapi telanjang, manakan tidak, dahla tak bertudung, pakai baju ketat pulak, seluar ketat pulak..Semua ini tidak memenuhi syarat tutup aurat dalam Islam.di sini.
Yang HARAM lagi ialah dalam lakonan, pelakon lelaki dan wanita yang menjadi suami isteri, tidur sekali,bawah satu selimut..itu HARAM hukumnya...Yang bukan mahram, bersalaman dalam lakona,,HARAM hukumnya...

Wallahu A’lam

2 comments:

Julia Yacub said...

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud

AZIZAN & HAFIZAH said...

Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki supaya anda lebih tough dan macho....