Ya.. Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak mensia-siakan nikmat yang sering engkau anugerahkan. Sampaikan hajat-hajat kami dalam redhaMu ya Allah, kekalkan kami di jalan Iman dan Islam dalam pemeliharaanmu.

Saturday, September 25, 2010

AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN WAJIB DI PELIHARA



AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN WAJIB DI PELIHARA


Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.



Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.



Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.



Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah.



Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.

1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.

2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.

3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.

4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.

5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.



Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh.



Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya. Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian.



Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.



Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.



Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini.



Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas.



Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya.Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.



Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:

1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.

2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.

3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut

4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.



Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Firman Allah



الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء

yang bermaksud: "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita ... (Surah An-Nisa', ayat 34)



Lelaki adalah pemimpin keluarga. Besar tanggungjawab yang perlu di pikul agar memastikan anak dan isteri nya sentiasa mengikut akan titah perintah Allah. Sayangnya hari ini, fenomena lelaki 'sporting' terlalu ramai hinggakan ada isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untu memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.



Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي



Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )



Dalam sebuah hadith lain pula :



ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .



Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )



Dayus dan bacul satu perkataan yang pastinya mendatangkan kemarahan pada mereka yang terasa demikian. Namun begitulah hakikatnya pada sang lelaki yang tidak memperdulikan urusan keluarganya samada mereka ikut atau tidak perintah Allah. Bahkan sanggup menghantar dan mengambil anak isteri yang terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Samada berpakaian menjolok mata, bersalaman dengan lelaki yang ajnabi bahkan ada yang di angkut teman lelaki ke sana kemari. Bahkan ada juga suami yang rela isteri menumpang kereta jiran ke pejabat dalam keadaan berdua sahaja.



Paling menyedihkan kadang-kadang seorang bapa baru selesai solat atau kuliah di masjid, menghantar anak dengan moto yang berpakaian sangat seksi atau mungkin, sebahagian pinggang terkeluar dari baju dan seluar bila menunggang motor si ayah tadi. Tidakkan ianya sangat mencacat dan mencederakan kesucian islam itu sendiri, seorang ayah yang berkupiah, tergamak membawa anak yang menentang hukum Allah. Di mana kepimpinan seorang ayah yang bergelar lelaki..



Sedikit sebanyak, mari bersama kita fahami apa yang di maksudkan dengan dayus...



1) Sabda Nabi : -



وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله



Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-



قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله



Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Al Mubarak,Tarbiyah dan Jihad


"Kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan."

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya."

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa.”

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan."

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan."

"Janganlah dijadikan Ramadhan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramadhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya."

"Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan."

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah."

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah. Hidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa."

"Pendekkanlah masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah."

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu."

"Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu.”

Tuesday, July 13, 2010

Fadhilat Puasa Sya’aban & Nisfu Sya’aban

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )

2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )


Penerangan Hadis

1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.

4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.

7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.

8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.

9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

Fadilat Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban memiliki banyak fadilat dan kita digalakkan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain.
Pada malam itu adalah lembaran baru bagi catatan amalnya untuk setahun ke depan di mana pada siang sebelumnya adalah lembaran penutup bagi catatan amalnya setahun ke belakang.
Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina.
Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan
permulaan laporan amal manusia pada tahun depan. Agar sesebuah laporan elok dan baik mestilah ia dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik. Satu daripada yang baik untuk menutup dan membuka laporan tahunan kita adalah meluahkan cinta kepada Allah, Pencipta dan Pemberi rezeki kita. Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada. Dia yang menghidupkan kita dan kemudian Dia akan mencabut nyawa kita. Ketika nyawa bersama kita mesti berpada-pada memanfaatkannya kerana ketika dia tidak ada lagi bersama badan kita, segala sesuatu sudah tamat. Ketika nyawa bersama kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka.
Dengan cinta Allah pada akhir dan permulaan laporan seorang hamba sudah memiliki tanda dia akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Cinta kepada Allah akan direalisasikan dengan keimanan sempurna tidak berbelah bahagi kepada-Nya; melaksana semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.
Cinta kepada Allah tidak cukup hanya dengan luahan kata-kata tapi ia
mesti dibuktikan dengan perbuatan.
Apatah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia
membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia
akan menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Persiapan ini juga sebagai persiapan awal kedatangantamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan. Persiapan ini tidak akan bermakna jika tidak ada cinta terhadapnya dalam hati kerana cinta adalah penggerak utama roda kehidupan manusia dalam bermasyarakat.
Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan, fikiran dan
dorongan hidupnya. Apabila amal perbuatannya baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dan dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat.
Dan akhirnya, terbentuklah dua sisi jiwa, pada satu sisi ada jiwa yang
dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi yang lain pula ada jiwa
yang mampu menciptakan sesuatu menjadi bahagia.
Bagaimana manusia melihat dunia? Orang yang bahagia melihat dunia
dengan cinta Allah dan orang yang sengsara melihat dunia tidak dengan
cinta Allah. Orang yang pertama disebut adalah orang beriman dan orang yang kedua disebut adalah orang tidak beriman.
Allah berfirman maksudnya: “(Walaupun demikian), ada juga di antara
manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi)
sekutu-sekutu (Allah), dan mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah al-Baqarah: 165)
Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali ‘Imran ada disebut maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Mengapa kita mesti mengikuti Baginda Rasulullah SAW sebagai bukti cinta kepada Allah SWT? Ini kerana sejarah sudah membuktikan bahawa sahabat Baginda menemui kenikmatan hidup ketika bersama Baginda. Mereka berasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati selama berdekatan dengan Baginda. Mereka berasakan ketenteraman ketika berada di bawah payung ajaran Baginda. Mereka memperoleh keselamatan dengan mematuhi perintah Baginda. Dan mereka mendapat kekayaan batin dengan meneladani sunnahnya.
Di antara sunnahnya ini adalah sambutan malam Nisfu Syaaban dengan
menzahirkan cinta kepada Allah Subhanahu wata’ala pada pandangan
sesetengah pihak umat Islam. Wallahu a’lam.
INTI PATI
Pengertian Nisfu Syaaban
* Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan.
* Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Ia juga sebagai persiapan awal kedatangan tamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan.
* Umat Islam yang berpendapat bahawa malam Nisfu Syaaban memiliki
banyak fadilat akan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua
rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain.

Thursday, April 8, 2010

ALAT PENJIMAT MINYAK KERETA



Apakah kebaikkan Power i-Charge99?
Ada 15 kebaikkan memiliki Power i-Charge99.

1.Penambahan Horse Power , Torque dan pick up
2 Air-cond atau hawa dingin anda akan lebih sejuk
3. Tindak balas Trottle lebih berkesan
4. Sound audio lebih berkualiti
5. Injin lebih senyap
6. Bateri tahan lebih lama
7. Lampu kereta lebih terang
8. Pancaran api ke plug lebih berkualiti dengan memberi pembakaran minyak lebih sempurna
9. Injin senang dihidupkan
10. Penukaran gear lebih sempurna terutama gear automatik
11. Tindakan CPU lebih lancar CPU dan peralatan lektrik tahan lebih lama
12. Penjimatan Petrol , Diesel dan NGV sehingga 28 %
13 Sesuai untuk semua kenderaan ( 12 volt )
14. Pengurangan asap ,monoxide (CO) dan hydrocarbon (HC)
15. Senang di pasang -- hanya cucuk Power i-Charge99 ke soket pemanas api rokok dan anda akan terasa penambahan kuasa kenderaan dan penjimatan minyak.

Alat penjimat minyak dan penyejuk a-cond. Hanya cucuk pada lighter kereta.
Dalam beberapa saat lampu led akan menyala
Amat mudah dan senang.



Semua kenderaan boleh guna ke?
Ya. Semua jenis kenderaan termasuk berinjin petrol, NGV gas atau diesel, kereta, van, bas dan lori

Ada jaminan ke?
Jaminan 1 tahun dengan syarat Power i-Charge99 tidak terendam, pecah atau terhempas.
Jangka hayat Power i-Charge 99 adalah melebihi 5 tahun.



Harga Jualan hanya RM145
Segala pertanyaan sila dail 012 2606602 (AZLAN HAMID)

Wednesday, March 10, 2010

Pedoman Suluk Pengukuhan Pertama


Ditulis oleh nur al - mu'min

Setelah anda melaksanakan Amalan dan Zikir Harian Al-Mu’min selama 3 (tiga) bulan maka tibalah saatnya anda untuk melaksanakan Suluk .

CARA MELAKSANAKAN AMALAN

1. Untuk program Suluk Tahap Pertama ini dilaksanakan selama 7 hari berturut-turut tidak boleh putus (jika putus/batal harus mengulang kembali). Selama menjalankan Suluk tersebut siangnya berpuasa seperti puasa Ramadhan. Amalan/zikir dilaksanakan di malam hari di antara jam 24.00 – 03.00 dinihari.

2. Laksanakan Amalan ditempat yang sunyi (jauh dari gangguan), bersih dan berpakaian yang rapi dan bersih (alangkah baiknya menggunakan pakaian jubah) dan menggunakan wangi-wangian yang tidak mengandung alkohol.

3. Selama Suluk diusahakan tidak makan makanan yang meransang hawa nafsu ( Ingat anda sedang latihan berjuang menundukkan hawa nafsu ).

4. Hiasi diri dengan akhlaqulkarimah, jaga lisan-pandangan dan pendengaran serta hati dari hal-hal yang merusak.

5. Jika selama Suluk menemukan Pengalaman Rohani maka tidak boleh menceritakannya kecuali kepada Pembimbing.

6. Laksanakan Suluk ini dengan Ikhlas, semata-mata mengharap Ridho Allah SWT.

7. Mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya serta mengikuti petunjuk Pembimbing.

8. Pada malam pertama, sebelum melaksanakan Shalat Hajat dan Amalan Dzikir yang sudah ditentukan, lakukanlah terlebih dahulu Mandi Taubat yang cara pelaksanaannya sama dengan mandi hadats besar, bedanya hanya terletak pada niat (berniat untuk mandi taubat dari dosa lahir dan bathin karena Allah ). Setelah mandi taubat lakukanlah Shalat Sunat Taubat 2 raka’at, pada raka’at pertama setelah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun dan raka’at kedua setelah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Setelah shalat Sunat Taubat, duduklah dengan tenang dan khusyu’. Kemudian baca : Astaghfirullahal’adhiim min kulli dzan bin wa-atuubu ilaih . . . 3X, Allahumma shalli ‘alaa (sayyidina) Muhammad wa’alaa aali(sayyidina) Muhammad . . . 3X.

Setelah itu angkat tangan dan berdo’a : “Yaa Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, ampunkanlah segala dosa-dosa hamba, baik yang lahir maupun bathin, baik yang besar atau yang kecil. Dan masukkanlah hamba dalam golongan orang-orang yang selalu bertaubat. Birahmatika yaa-arhamarroo-himin. Walhamdulillahirabbil ’aalamin.”

9. Setelah selesai Shalat Sunat Taubat, maka tibalah saatnya untuk melakukan Shalat Sunat Hajat yang niatnya melaksanakan Suluk karena Allah Swt.

10.Shalat Hajat dilaksanakan dua raka’at, pada raka’at pertama setelah Al-Fatihah baca Ayatul Kursi 7 X, dan pada raka’at kedua setelah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas 11 X.

11. Setelah shalat hajat masih duduk tasyahud akhir ucapkanlah :

1. Alhamdulillahirabbil’aalamin
2. Allahumma shalli ‘alaa (sayyidina) Muhammad Wa ‘alaa aali (sayyidina) Muhammad, atau Shalawat Munjiyat : Allahumma shalli ‘alaa sayyidina Muhammadin-shaala tan-tunjiinaa-bi haa min-jamii-‘il ahwaali wal-aa-faat. Wa taqdhii-lanaa-bihaa-min-jamii ‘il haajaat. Wa tuthah-hirunaa bihaa min-jamii-issay-yi-aat. Wa tarfa ’unaa bihaa ‘indaka a’lad-darajaat. Watuballighunaa bihaa-aq-shal-ghayaati min jamii-‘ilkhairaa-tifil-hayaati wa ba’dal mamaat . . .1 X.
3. Allahummagh-firlii, lii-waliwaa-lidayya, wa-lii-jamii’il muslimiinawal muslimaat, wal- mu’miniinawal- mu’mi naat ……3 X.
4. Setelah itu sujud seperti sujud dalam shalat. Dalam keadaan sujud tersebut bacalah : Do’a Amalan-1... 3 X, Do’a Amalan-2 . . . 3 X, Do’a Amalan-3 . . . 3 X, dan ditamba do’a : Allahumma A-‘innii ‘alaa dzikrika-wa syukrika wa husni ‘ibaa-datika 3X (Artinya : Yaa Allah, tolonglah aku untuk berzikir kepada-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan beribadah dengan sebaik-baiknya kepada-Mu). Tutup dengan Laa haula walaa quwwata illa billahil’aliyyil’adhiim Walhamdulillahi robbil’aalamiin.
5. Kemudian bangkitlah dari sujud.

12. Setelah itu, duduklah dengan tenang, khusyu’ dan tawadhu’ :

Baru laksanakan Amalan Dzikir sebagai berikut :

a. Pembacaan Al-Fatihah (Pertalian Rohani) sebagaimana biasanya.

b. Kemudian : Al-Fatihah 1X, Ayatulkursi 1X, Al-Ikhlas 3X, Al-Falaq 1X, An-Nas 1X.

c. Baca Do’a Munajat . . . . 3 X, sambil menghayati do’a munajat tersebut.

d. Astaghfirullahal’adhiim min kulli dzan bin wa-atuubu ilaih ………………..… 15 X.

e. Allahumma shalli ‘alaa (Sayyidina) Muhammad wa ’alaa - aali (sayyidina) Muhammad….25 X.

f. Dua Kalimah Syahadat, Radhii-tu billahirabba wa bil – Islaamidiina wa bi Muhammadin Nabiyya wa Rasuu-la.

g. Zikir Asma Al-Mu’min 100 X : Yaa Allah, Yaa Rahman, Yaa Rahim, Yaa Fattahu, Yaa Razaaq, Yaa Hayyu, Yaa Qayyum, Yaa Bashiir, Yaa Lathiifu, Yaa Khabir.

h. Diam sejenak , kemudian lakukan Zikir Tahan Napas 5 X ulang.

i. Zikir Nafi Itsbat Laa ilaaha illallah 3X, dengan cara : Kata LAA ditarik dari pusat dengan isyarat napas langsung membelah dada sampai ke otak (kening), kemudian kata ILAAHA dibuang ke kanan dengan isyarat kepala, dan kata ILLALLAH dibenturkan ke dalam hati sanubari yaitu dua jari di bawah puting susu kiri sambil di dalam hati menyambut dengan kata Allah, Allah, Allah. Kemudian setelah 3 kali ulang tutup dengan kalimat Muhammadarrasuulullahi Shallallahu ’alaihi Wasallam.

j. Setelah Zikir Nafi Itsbat selesai, lanjutkanlah dengan Zikir Tahlil Lisan : Laa ilaaha illallah sebanyak 1000 X.

Dengan cara : Kata LAA menarik dan membuang kotoran-kotoran bathin yang ada di sebelah dada kiri (jantung) dengan isyarat napas dan gerakan kepala, kata ILAAHA diucapkan di tengah dada, dan kata ILLALLAH dibenturkan ke dalam hati sanubari (2 jari di bawah puting susu kiri) dengan isyarat kepala. Jika Zikir Tahlil Lisan sudah dianggap cukup, tutuplah dengan kalimat : Laa ilaaha illallah Muhammadarrasuu lullahi Shallallahu’alaihi Wasallam.

k. Setelah selesai masih dalam keadaan duduk dengan tenang dan khusyu’ aturlah napas, dan hati serta pikiran tetap berhubungan dengan Allah SWT dan putuskan semuanya hubungan dengan selain Allah SWT. Tutuplah mata lahir buka mata bathin, tutup pendengaran lahir – buka pendengaran bathin. Tunggulah beberapa saat, semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada Anda. Amin Yaa Rabbal’aalamin.



Catatan :

1. Amalan dan Zikir Harian tetap selalu diamalkan setelah shalat fardhu.
2. Hal-hal lain yang kurang jelas, konsultasikan kepada Pembimbing.
3. Semoga Allah SWT mencurahkan rahmat-Nya, membimbing ke jalan yang lurus, serta memberi kan kekuatan kepada Anda. Amin.

Tuesday, March 9, 2010

SALIK DAN SULUK

Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Suluk pula adalah sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semasa bersuluk seseorang itu mengasingkan diri daripada orang ramai. Bila dia tidak ada bersama orang ramai, maka mereka terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripadanya dan juga dia terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripada mereka. Pengasingan tersebut boleh menyelamatkan ahli suluk itu daripada anasir yang boleh merosakkannya melalui ego dan nafsunya. Dalam pengasingan itu juga dia melatihkan diri bagi memperolehi perkembangan kerohanian. Dia melatihkan diri agar terpisah daripada sifat-sifat yang tercela dan digantikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Semasa bersuluk itu amal ibadat seperti bersembahyang, berpuasa, berzikir dan lain-lain dilakukan dengan banyaknya. Dorongan hawa nafsu dikurangkan dengan cara menyedikitkan makanan, tidur dan berkata-kata. Bila kurang berkata-kata hati menjadi tidak lalai dalam mengingati Tuhan.

Orang yang mahu memasuki suluk mestilah mempunyai azam yang kuat. Perkara-perkara yang sering menghalang seseorang daripada memasuki suluk adalah dunia, makhluk, syaitan dan hawa nafsu. Kebanyakan manusia tidak sanggup memisahkan diri buat seketika dengan dunia dan makhluk. Tipu daya syaitan dan kesenangan hawa nafsu berada dengan makhluk. Oleh sebab itu agak sukar bagi kebanyakan orang memisahkan dirinya daripada orang ramai. Jika dia berjaya melepaskan halangan tersebut dia mungkin berhadapan dengan halangan lain semasa bersuluk. Halangan semasa bersuluk adalah tuntutan mencari rezeki, kebimbangan tidak akan menemui apa yang dicari, kemungkinan ditimpa penyakit dan juga masalah keluarga yang berbagai-bagai. Seseorang salik perlu memperkuatkan sifat sabar dan bertawakal jika dia mahu jika dia mahu melepasi rintangan yang menghalangnya meneruskan amalan suluk. Dia juga perlu mengawasi perkara-perkara yang boleh merosakkan pencapaian rohaninya. Perkara-perkara tersebut adalah sifat-sifat takabur, ujub, riak dan samaah. Suasana hati yang ingin diperolehi melalui bersuluk adalah: “Ilahi! Engkau jua maksud dan tujuanku dan keredaan Engkau yang aku cari”.

Salik yang berhasrat memperolehi hasil yang baik perlu menjaga sopan santun semasa bersuluk. Perlu yang perlu dijaga adalah:
a) mengikhlaskan kasih kepada Allah s.w.t dan melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukan kerana mahukan kasyaf dan keramat.
b) Amal ibadat yang dilakukan hendaklah sesuai dengan peraturan yang ditentukan oleh syariat, tidak boleh mengubahnya sehingga bercanggah dengan syariat.
c) Salik perlu melepaskan ilmu-ilmu yang boleh melalaikannya dan boleh menarik cita-citanya kepada yang selain Allah s.w.t. Ilmu-ilmu seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu menarik harta dari bumi, ilmu yang berkait dengan khadam dan yang seumpamanya hendaklah dilepaskan kerana ilmu yang demikian menutup mata hati.
d) Ketika menjalani amalan suluk fikiran hendaklah dibebaskan daripada memikirkan dan mengangankan sesuatu yang di dalam dunia.
e) Hati hendaklah dipisahkan daripada sifat-sifat yang keji, seperti sifat haiwan, syaitan dan dorongan hawa nafsu.
f) Memenuhkan masa bersuluk dengan kegiatan yang mengingatkan hati kepada Allah s.w.t.

Sebahagian manusia lebih dituntut bergiat dalam kehidupan harian daripada mengasingkan diri. Pertama adalah orang alim yang ilmunya diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Termasuk di dalam ilmu yang diperlukan oleh orang ramai adalah pengajarannya, fatwanya dan karangannya. Orang yang seperti ini penyebaran ilmu merupakan ibadat khusus bagi mereka selepas ibadat fardu. Selepas urusan sembahyang lima waktu, lebih afdal baginya menyebarkan ilmu dan membasmikan kejahilan dalam masyarakat daripada mengasingkan diri dan membenamkan diri ke dalam perkara yang sunat. Golongan kedua adalah pengusaha yang mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh orang ramai, seperti doktor, pembuat roti, tukang kayu dan sebagainya. Mereka perlu berkhidmat kepada orang ramai dan memakmurkan bumi ini. Masa lapang mereka perlu diisi dengan ibadat dan membaca al-Quran. Golongan ke tiga adalah pemerintah yang bertugas membawa kebajikan kepada orang ramai. Mereka lebih dituntut menegakkan keadilan di dalam masyarakat dan menyebarkan kesejahteraan hidup daripada mengasingkan diri. Masa lapang mereka perlu diisi dengan ibadat dan pada malamnya diperbanyakkan wirid.

Ada dua jenis manusia, secara sifat semulajadi mereka, sangat cenderung memasuki jalan suluk. Jenis pertama adalah orang yang cenderung untuk menjadi abid atau ahli ibadat. abid tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali beribadat kepada Allah s.w.t. Golongan ini seolah-olah tidak ada kemahiran untuk melakukan sesuatu yang lain daripada beribadat. Mereka hanya memperolehi manfaat dengan menggunakan masa untuk beribadat. Golongan ini dikuasai oleh suasana hati yang sangat takut meninggalkan ibadat untuk melakukan sesuatu pekerjaan, kerana dia takut tidak akan dapat menyempurnakan kebaktiannya kepada Allah s.w.t. Mereka sangat takutkan dunia kerana mereka melihat kekacauan di dalam dunia menjadi fitnah yang merosakkan hubungan mereka dengan Tuhan. Meninggalkan ibadat membuat mereka merasakan berjauhan dengan Tuhan. Rasa berjauhan dengan Tuhan menjadikan mereka tidak bermaya dan tidak berupaya berbuat apa-apa. Hanya ibadat boleh memberi kekuatan kepada mereka. Mereka seolah-olah tidak ada pilihan kecuali hidup beribadat dalam pengasingan. Jenis kedua dinamakan muwahhid iaitu orang yang terikat sepenuhnya dengan Allah s.w.t. Kecintaan mereka kepada Allah s.w.t sangat kuat menyebabkan hati mereka ‘pecah’ dan tidak berupaya lagi mengasihi sesuatu yang selain Allah s.w.t. Kebahagiaan mereka hanyalah bersama-sama Allah s.w.t, tidak ada tempat lagi untuk makhluk. Hati mereka tidak melihat kepada makhluk, oleh itu kehadiran makhluk tidak diperlukan. Orang yang ditakdirkan menjadi salah satu daripada dua golongan tersebut sangat cenderung memasuki jalan suluk sebagai persediaan untuk mereka mencapai kesempurnaan pada jalan abid atau muwahhid.

Selain golongan yang menuju kepada suasana abid dan muwahhid, orang yang cenderung memasuki jalan suluk adalah muta’allim, iaitu orang yang belajar semata-mata kerana Allah s.w.t. Mereka merupakan golongan yang mencari kebenaran. Mereka tidak merasa puas dengan apa yang ditemui pada jalan pembelajaran biasa. Mereka memasuki suluk dengan harapan akan menemui apa yang tidak mereka temui sebelum bersuluk. Mereka percaya kebenaran yang sejati hanya boleh ditemui oleh hati yang suci murni dan cara yang paling baik menyucikan hati adalah dengan bersuluk. Golongan ini memerlukan bimbingan guru tarekat yang arif. Guru hendaklah tahu kedudukan murid dan tahu kadar ilmu yang boleh dibukakan kepada murid berkenaan. Bagi muta’allim (orang yang belajar) yang tidak memasuki jalan suluk, haruslah memberi tumpuan kepada mempelajari ilmu. Menghadiri majlis ilmu lebih utama daripada ibadat sunat dan berzikir yang boleh dilakukan pada masa lapangnya.

Muta’allim yang memasuki suluk lebih terdorong untuk mengalami suasana kerohanian yang diistilahkan sebagai muttakhaliq, iaitu orang yang mengalami perubahan sifat. Ada dua jenis muttakhaliq. Jenis pertama mengalami suasana mereka menjadi alat dan Allah s.w.t Pengguna alat. Mereka melihat perbuatan dan kelakuan mereka berlaku tanpa mereka rancang dan mereka tidak berdaya menahannya. Mereka melihat apa yang terjadi pada mereka terjadi tanpa kehendak mereka sendiri, tanpa usaha, tanpa tadbir dan tanpa ikhtiar memilih. Muttakhaliq jenis kedua pula adalah orang yang melihat Allah s.w.t meletakkan sifat dan bakat pada diri mereka dan mereka menjadi pelaku kepada sifat dan bakat tersebut. Jenis pertama melakukan sesuatu dalam suasana ‘dengan kehendak Allah s.w.t’ dan jenis kedua dalam suasana ‘dengan izin Allah s.w.t.’

Ahli suluk, sesudah melalui berbagai-bagai pengalaman kerohanian, kembali semula kepada kesedaran biasa dinamakan mutahaqqiq. Golongan ini kembali kepada jalan kenabian, memegang tugas sebagai khalifah Allah s.w.t yang meneruskan perjuangan Nabi-nabi. Golongan ini kembali kepada kesedaran kemanusiaan bagi membolehkan mereka menguruskan hal-ehwal manusia.

Latihan kerohanian yang dilakukan semasa bersuluk berkemungkinan membawa salik memperolehi kasyaf, iaitu terbuka perkara ghaib kepada pandangan mata hatinya. Kasyaf ada dua jenis, iaitu kasyaf kecil dan kasyaf besar. Kasyaf kecil termasuklah terbukanya pandangan untuk melihat kepada Alam Barzakh, melihat roh orang yang sudah meninggal dunia, melihat syurga dan neraka, melihat makhluk halus dan lain-lain. Kasyaf besar pula adalah terbukanya pandangan hati kepada hakikat sesuatu dan membuka ingatan dan penghayatan kepada Allah s.w.t. Dalam perjalanan kerohanian, kasyaf kecil tidak penting bahkan kasyaf kecil sering menjadi benteng yang menghalang salik meneruskan perjalanannya. Keasyikan menyaksikan perkara ghaib membuat salik berhenti dan menyangkakan dia sudah sampai kepada Yang Haq, sedangkan perjalanannya masih jauh lagi. Apa yang penting adalah kasyaf besar atau terbukanya hakikat sesuatu. Pembukaan tentang hakikat boleh menyelamatkan salik daripada tipu daya syaitan yang bersembunyi di sebalik berbagai-bagai rupa, bentuk dan keadaan. Salik yang dikurniakan kasyaf besar tidak tertipu dengan syaitan walaupun syaitan datang dalam rupa guru yang alim dan warak. Salik juga boleh mengenali malaikat sekalipun malaikat datang tanpa berupa. Rasulullah s.a.w melihat rupa malaikat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli hanya dua kali sahaja, tetapi setiap kali Jibrail a.s datang Rasulullah s.a.w mengenalinya, sekalipun Jibrail a.s memakai rupa manusia atau tidak berupa. Kasyaf yang mengenali hakikat inilah sangat penting bagi salik yang berjalan kepada Tuhan. Kasyaf seperti ini diperolehi apabila rohani kembali kepada kesuciannya yang asal. Rohani yang demikian mengenali syaitan walaupun syaitan mengenderai manusia atau suasana dan rohani itu juga mengenali malaikat walaupun malaikat tidak menjelma di hadapannya. Contoh kasyaf besar adalah, apabila seorang salih didatangi oleh seseorang yang menyuruhnya berbuat kejahatan, maka dengan segera orang salih itu berkata: “Pergi kamu syaitan!” Orang salih itu menyedari atau melihat dengan kasyafnya yang orang yang mendatanginya itu sedang digunakan oleh syaitan untuk mengenakan tipu dayanya. Kasyaf yang demikian, walaupun tidak memperlihatkan rupa syaitan yang sebenarnya, tetapi syaitan itu tidak dapat bersembunyi.

Kasyaf membawa salik kepada zauk iaitu mengalami suasana yang berhubung dengan Tuhan. Zauk membawa salik mengalami suasana Hadrat Tuhan. Suasana Hadrat Tuhan yang menguasai salik itu membentuk keperibadiannya.

Bidang zauk sangat luas. Zauk biasanya diperolehi oleh salik yang terus menerus membenamkan dirinya di dalam zikir. Tenaga zikir memberi kekuatan kepada rohaninya untuk menghadap kepada hakikat ketuhanan. Kesan daripada pengalaman menghadap kepada hakikat ketuhanan yang dirasakan oleh hati itulah dinamakan zauk. Misalnya, hati salik berhadap kepada hakikat Tuhan Yang Maha Keras. Dia akan dikuasai oleh perasaan takut kepada Tuhan, takut kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya, takut kerana ibadat yang dilakukannya tidak sempurna dan bermacam-macam ketakutan lagi. Pengalaman yang demikian dinamakan pengalaman hakikat dan ia membuatnya mengenali Tuhan Yang Maha Keras atau dia dikatakan memperolehi makrifat tentang Tuhan Yang Maha Keras.

Salik juga mungkin mengalami hakikat kenabian. Mungkin salik mengalami suasana Nabi Adam a. s diciptakan dan diturunkan ke bumi. Salik tersebut dikatakan mengalami Hakikat Adamiyah dan ia membuatnya lebih mengerti tentang kenabian Adam a.s. Pengalaman yang demikian tidak mengubahnya menjadi Nabi Adam a.s atau bersatu dengan beliau a.s. Jika ada penyatuan pun hanyalah dalam zauk atau alam perasaan, bukan penyatuan yang sebenarnya. Hakikat Adamiyah adalah suasana pentadbiran Tuhan yang berhubung dengan kejadian Adam a.s. Ia bukan anasir alam dan bukan berada dalam hati salik yang mengalaminya. Ia adalah suasana yang Tuhan gubah bagi memperkenalkan apa yang Dia mahu kenalkan kepada hati hamba-Nya. Begitu juga dengan pengalaman salik berhubung dengan hakikat Nabi Muhammad s.a.w atau dikenali sebagai Hakikat Muhammadiah. Salik tidak bertukar menjadi Nabi Muhammad s.a.w atau bersatu dengan baginda s.a.w. Salik diberi kesempatan mengenali Nabi Muhammad s.a.w dalam suasana pentadbiran Tuhan atau urusan Tuhan. Apa sahaja yang Tuhan mahu ciptakan telah ada pada sisi-Nya, dalam Ilmu-Nya, termasuklah Nabi Adam a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Tuhan bentukkan misal bagi suasana yang pada sisi-Nya yang melampaui segala misalan, dan misal gubahan Tuhan itu dihantarkan kepada hati salik. Salik yang menetap dalam kehambaan menyaksikan Hakikat Adam, Hakikat Muhammad dan Hakikat Tuhan. Salik yang terbalik pandangannya menjadi orang yang merasakan menjadi Nabi Adam a.s, menjadi Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi Tuhan atau pun mereka merasakan suasana penyatuan dengan hakikat-hakikat tersebut. Penyatuan tersebut hanya berlaku dalam bayangan ilmu, bukan penyatuan yang sebenarnya. Apabila salik melepasi peringkat bayangan, dia masuk kepada hal yang sebenar, yang tidak serupa dengan bayangan ilmu itu.

Manusia yang ciptaannya digabungkan unsur rohani dengan unsur jasmani berkemampuan menerima bayangan Tuhan atau menerima sinaran Nur-Nya. Bayangan tetap bayangan. Zat Tuhan Yang Maha Tinggi tetap tinggal diselubungi oleh selimut ghaib yang Mutlak lagi amat perkasa, tidak mungkin diruntuhkan oleh kasyaf yang bagaimana pun. Nur bukanlah Zat, tetapi hanyalah satu ayat, tanda atau bukti tentang Tuhan dan juga satu Hijab daripada sekalian banyak Hijab-hijab ketuhanan, juga satu nama daripada sekian banyaknya nama-nama Tuhan. Kebodohan, ketidak-upayaan mengenal-Nya adalah tabir penutup yang asli dan tidak mungkin tersingkap hakikat Zat Tuhan melainkan pada hari kebangkitan, suasana yang Tuhan berkehendak memperlihatkan Diri-Nya secara nyata. Sebelum itu penyaksian merupakan penglihatan akal dan mata hati atau melihat Nur-Nya.

Dalam fana salik mencapai Wajibul Wujud sifat bukan Wajibul Wujud Zat. Zat Ilahiat melampaui perbatasan Wajibul Wujud, mumkinul wujud atau apa sahaja yang dikaitkan dengan wujud atau tidak wujud. Salik yang mencapai Wajibul Wujud sifat mencapai kedudukan kewalian iaitu dia menjadi alat Allah s.w.t, bukan menjadi Allah s.w.t. Allah s.w.t memperkenalkan Hadrat-Nya melalui sifat dan nilai yang ada dengan manusia. Sifat dan nilai yang ada pada wali-Nya memperkenalkan-Nya dengan lebih berkesan daripada orang lain. Semakin sempurna kewalian seseorang itu semakin menyerlah keupayaan yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya dalam memperkenalkan-Nya sebaik mungkin.

Bakat atau keupayaan memperkenalkan Tuhan yang dikurniakan kepada wali itu dinamakan tajalli Rahmani (kenyataan Tuhan). Wali yang di dalam fana mengucapkan “ Ana al-Haq! (Aku adalah Tuhan!)” memperkenalkan sifat Kalam Tuhan. Tuhan yang mengatakan demikian melalui lidah wali-Nya. Wali yang tidak di dalam fana pula mengatakan “Hua al-Haq! (Dia jualah Tuhan!)”. Ucapan wali yang di dalam fana dan ucapan wali yang di dalam kesedaran itu membawa maksud yang serupa. Wali yang di dalam fana tidak menjadi Tuhan dan demikian juga wali yang di dalam kesedaran.

Satu jenis tajalli lagi dinamakan tajalli rohani (tajalli roh). Roh yang asli yang mengenal Tuhan dibungkus atau dihijab oleh bakat roh yang mendatang yang padanya terdapat berbagai-bagai sifat buruk yang menghijab Latifah Rabbaniah. Dalam tajalli roh kumpulan atau penyatuan hijab-hijab itulah yang menyata sebagai roh yang memiliki sifat Rabbaniah (ketuhanan). Orang yang mengalami tajalli roh mengatakan juga “Ana al-Haq!” dan pada ucapan tersebut ada pengakuan tentang ketuhanan rohnya. Dia benar-benar merasakan rohnya itulah Tuhan dan dia melihat sekalian makhluk tunduk kepada keagungan, kebesaran dan kemuliaan rohnya. Orang yang mudah terjatuh ke dalam medan tajalli roh ini adalah mereka yang sejak awal perjalanan lagi memang mempercayai dan berpegang kepada fahaman wahdatul wujud dan mereka sengaja mencari penyatuan dengan Tuhan. Segala usaha ditujukan bagi menghapuskan kemanusiaan mereka dan melahirkan ketuhanan diri mereka. Mereka berpegang kepada fahaman bahawa diri mereka, Adam, Muhammad dan Allah s.w.t adalah yang satu (kami berlindung kepada Allah s.w.t daripada iktikad yang sesat itu). Ibadat dan zikir bukan ditujukan kerana mencari keredaan Allah s.w.t sebaliknya digunakan bagi melahirkan kesedaran menurut apa yang telah mereka iktikadkan. Penyatuan Adam, Muhammad, Allah s.w.t dan diri mereka dialami pada makam roh. Sejak mula lagi, walaupun menyebut nama Allah s.w.t tetapi tumpuan dan penghayatan mereka adalah roh. Mereka memulakan sembahyang dengan memukau diri sendiri agar meyakini bahawa perbuatan mereka adalah Perbuatan Tuhan, sifat mereka adalah Sifat Tuhan, wujud mereka adalah Wujud Tuhan dan zat mereka adalah Zat Tuhan. Kalimah “La ilaha illa Llah” yang bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menghayatinya sebagai “La maujud illa Llah ” yang bermaksud “ Tidak ada yang ada melainkan Allah”. Mereka gunakan ucapan orang yang di dalam zauk untuk membentuk kefahaman mereka di dalam sedar. Setelah ditekankan beberapa lama bahawa perbuatan, sifat, wujud dan zat mereka sama dengan Tuhan maka keyakinan yang demikian terpahat dalam jiwa mereka. Bila sampai kepada satu tahap keyakinan hati mereka merasakan sekalian makhluk tunduk kepada ketuhanan mereka. Ketika itu keluarlah dari mulut mereka ucapan “ Ana al-Haq!”.

Walaupun mengucapkan yang demikian seperti yang diucapkan oleh salik yang di dalam fana namun hati salik yang menerima tajalli Rahmani berbeza daripada hati mulhid yang menerima tajalli roh. Dalam tajalli roh tidak ada fana. Apa yang disangkakan fana di situ adalah pelepasan secara menyeluruh pengakuan kehambaan dan penerimaan secara menyeluruh bahawa rohnya adalah Tuhan atau Tuhan yang menjadi nyawa kepada rohnya. Bila orang ini kembali semula kepada kesedaran, ego diri dan sifat-sifat kebinatangan bertambah kuat menguasai mereka. Mereka menjadi orang yang takabur, berani mempersendakan Tuhan, nabi-nabi dan amalan agama (Ya Allah! Lindungi kami daripada perbuatan sesat itu.) Dari kalangan mereka timbul ungkapan bahawa ilmu Tuhan belum sempurna. Keegoan diri bertambah dan syariat dibuang begitu sahaja. Mereka menyahut seruan azan dengan ucapan meremehkannya. Mereka melihat ibadat yang orang lain lakukan sebagai sia-sia sahaja kerana kononnya orang ramai tidak mengenal Tuhan seperti mereka. Bagi mereka sembahyang yang sebenar adalah menyembah diri sendiri. Mereka inilah kumpulkan yang sesat, menyebarkan kesesatan dengan berselindung di sebalik ajaran tarekat tasauf dan ahli sunnah wal jamaah. Setiap Mukmin yang menjalani tarekat yang benar berkewajipan menghancurkan gerakan kumpulan tarekat yang sesat itu. Jangan terpedaya orang sesat yang boleh mengeluarkan kebolehan yang luar biasa. Mahaguru ajaran sesat, iblis laknatullah, lebih lagi luar biasanya.

Dalam tajalli Rahmani keegoan salik binasa dan dia mencapai fana. Dalam kefanaan sifat kemanusiaannya lenyap bersama-sama kekotoran hatinya. Bila dia sedar semula dia sudah menjadi bersih dan hatinya penuh dengan keikhlasan. Ego tidak kembali kepadanya. Dia sentiasa merendahkan diri kepada Tuhan dan sesama manusia. Dia mematuhi perintah-Nya dan peraturan-Nya dan berjalan di atas muka bumi dengan tawaduk dan takwa.

Seseorang yang ingin menjadi salik sangat perlu melepaskan fahaman wahdatul wujud dan keinginan kepada sesuatu yang selain Allah s.w.t seperti kasyaf, kekeramatan, kewalian, sesuatu ilmu dunia dan lain-lain yang boleh menjadi hijab. Masuklah ke dalam suluk bersama-sama syariat, sebagai hamba Tuhan, yang inginkan makam sebagai hamba Tuhan semata-mata tidak hamba kepada yang selain-Nya, mahu menyembah Tuhan semata-mata, tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu baik yang nyata mahupun yang ghaib, berharap, bergantung dan berhajat kepada-Nya semata-mata, tidak kepada yang lain.

Orang yang baharu memasuki bidang tarekat tasauf gemar memerhatikan martabat nafsu. Mereka sering mengintai-intai diri mereka apakah sudah berada pada martabat nafsu yang tinggi. Jika mereka merasakan terdapat tanda ketinggian nafsu mereka maka mereka akan merasakan kejayaan. Orang salik dan juga orang yang berminat kepada tasauf perlulah sedar bahawa martabat nafsu bukanlah matlamat. Huraian di dalam buku-buku, daerah nafsu-nafsu dinyatakan dengan jelas. Dalam perjalanan yang sebenarnya tidak ada sempadan yang jelas di antara satu daerah nafsu dengan daerah nafsu yang berikutnya. Perubahan sifat nafsu berlaku tanpa disedari, tidak ada isyarat yang mengsahkan yang mereka sudah berpindah kepada daerah nafsu yang lain. Keinginan kepada pertukaran makam nafsu merupakan tipu daya yang halus. Orang yang memasuki suluk perlu membuang kehendak diri sendiri dan tunduk kepada kehendak Tuhan. Jika masih lagi mengintai makam nafsu bermakna kehendak diri masih lagi kuat. Walaupun dia melihat tanda nafsunya sudah ada pada makam yang tinggi, tetapi keinginannya kepada makam nafsu yang tinggi itu menunjukkan kehendaknya masih belum menyerah kepada kehendak Tuhan. Itu bermakna dia belum mencapai makam nafsu yang tinggi itu walaupun dia merasakan sudah mencapainya. Makam-makam nafsu hanyalah panduan di dalam perjalanan, berguna bagi guru yang membimbing muridnya dalam menyusun latihan berperingkat-peringkat.

Permulaan tarekat adalah syariat dan penghabisan tarekat adalah juga syariat. Kebenaran dalam syariat dipermulaan jalan tidak jelas. Setelah sampai di penghujung jalan kebenaran yang dinyatakan oleh syariat menjadi jelas. Pengalaman fana yang paling tinggi dalam nafsu radhiah tidak dapat menandingi satu sembahyang fardu yang dilakukan kerana Allah s.w.t menurut peraturan syariat. Baqa bersama-sama Allah s.w.t di dalam makam nafsu mardhiah tidak dapat menandingi baqa (kekal) di dalam Sunah Rasulullah s.a.w. Kesempurnaan nafsu pada makam kamaliah tidak dapat menandingi kesempurnaan menjalankan perintah Allah s.w.t, terutamanya dalam bidang berdakwah membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Makam-makam nafsu hanyalah alat atau jalan, bukan matlamat. Zikir yang dilakukan sendirian selama 24 jam tanpa berhenti tidak dapat menandingi zikir yang melibatkan perkataan, perbuatan dan perasaan yang dilakukan dalam masyarakat dan memanfaatkan makhluk Tuhan. Tarekat haruslah dijadikan alat untuk menyempurnakan syariat bukan untuk sesuatu tujuan yang lain.

Salik perlu tahu bahawa latihan kerohanian yang sebenar hanya bermula apabila dia diheret oleh kuasa ghaib dan dia dapat merasakan yang dia diberi bimbingan, tunjuk-ajar serta panduan. Pada masa yang sama dia merasakan jalan menuju Tuhan semakin terang dan rasa kehampiran dengan Tuhan semakin bertambah. Salik perlu sedar bahawa tidak ada satu jalan pun daripada hamba kepada Tuhan. Semua jalan kepada Tuhan adalah dihulurkan daripada Tuhan kepada hamba. Selagi Tuhan tidak menghulurkan jalan selagi itulah hamba tidak menemui jalan kepada-Nya. Latihan kerohanian yang dilakukan oleh salik bertujuan mempersiapkan salik agar bersedia memasuki jalan Tuhan apabila Tuhan membuka jalan tersebut. Sekiranya dia tidak bersedia jalan tersebut akan ditutup kembali. Rasulullah s.a.w berkhalwat di Gua Hiraa sebagai persiapan menerima kedatangan wahyu. Khalwat yang baginda s.a.w lakukan itu tidak berupaya memanggil wahyu turun. Wahyu datang daripada Allah s.w.t, menurut kehendak-Nya namun, Allah s.w.t menghantarkan wahyu setelah baginda s.a.w bersedia dan mampu menerima kedatangan wahyu itu. Begitu juga dengan kedatangan warid. Ia dihantarkan kepada salik yang bersedia menerimanya.

Setelah mengakui tidak ada jalan atau tangga yang boleh dibina oleh hamba untuk mencapai Tuhan maka hamba tidak ada pilihan kecuali bersandar kepada Tuhan dan berserah diri kepada-Nya. Ilmu dan amal hanya mampu membawa salik kepada makam berserah diri kepada Tuhan dengan sepenuh jiwa raga. Makam berserah diri adalah medan di mana dihulurkan jalan atau tangga yang membawa seseorang hamba kepada Tuhan. Penyerahan yang sebenar itu adalah Islam. Hanya Islam sahaja yang menjadi agama yang diredai Allah s.w.t dan kepada orang yang benar-benar Islam sahaja dikurniakan nikmat kehampiran dengan Allah s.w.t Yang Maha Tinggi. Tidak dinamakan Islam tanpa syariat Islam. Oleh sebab itu tarekat yang putus dengan syariat Islam tidak akan menemukan seseorang dengan Allah s.w.t. Islam merupakan satu-satunya jalan bagi seseorang hamba menghampiri Tuhan. Tidak ada jalan lain lagi. Allah s.w.t telah menyatakan perkara ini dengan tegasnya di dalam al-Quran:
Hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku cukupkan atas kamu nikmat-Ku. Dan Aku reda Islam menjadi agama (syariat) kamu. ( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah )